Saturday, July 26, 2008
Pertandingan terakhir..
Pertandingan terakhir ialah suatu kenangan yang saya tidak pernah ingin melupakan. Kami bertanding dengan XISHAN. Apabila sampai di tempat pertandingan saya dan rakan-rakan saya terkejut apabila melihat betapa tinggi pemain-pemain mereka. Rasa ketakutan sentiasa ada. Namun saya cuba untuk memberi kata-kata semangat kepada kumpulan saya. Walaupun kita menang atau kalah ini cuma suatu pertandingan.Dari pertama kali saya melihat mereka saya tahu bahawa ia akan menjadi amat susah untuk kami memenangi mereka. Kami mula bermain. Setiap minit mereka asyik menjaringkan gol sahaja. Saya cuba menjaringkan gol. Saya menjaringkan gol untuk DAMAI . Namun seorang daripada pemain XISHAN tertolak saya dengan kuat dan dia boleh menjaringkan gol namun tidak dia menolong saya untuk berdiri dan bermain semula dan dia langsung tidak kesah dia tidak menjaringkan gol. Saya melihat ke mukanya kami berdua hanya tersenyum. 'PIT!!' tanda berakhir pertandingan kita. Kami bersalaman dan saya berasa gembire walaupun kita telah kalah tetapi saya boleh memuji sikap baik pemain XISHAN itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment