Friday, July 25, 2008

Bermacam-macam sukan dan bagaimana memperbahagikan masa...

Sukan datang dan dibahagikan dalam bermacam-macam segi permainan seperti bola sepak, 'netball' ,'floorball' dan bermacam-macam lagi. Ada beberapa sukan yang dibahagikan kepada kategori perempuan dan lelaki sahaja seperti rugbi dan 'netball'. Kita jarang melihat perempuan bermain rugbi dan lelaki bermain 'netball'. Ada sedikit perempuan yang bermain 'touch rugby' tetapi sekadar ini susah untuk kita melihat lelaki bermain 'netball'. Tetapi ini tidak bermaksud kita tidak boleh berkongsi sukan. Mungkin perempuan boleh mencuba bermain rugbi dan lelaki boleh mencuba bermain 'netball'. Kadang-kala kita juga terlalu minat dalam bidang sukan hingga kita terlupa tentang masa yang telah kita gunakan. Kita haruslah pandai memperbahagikan masa untuk belajar dan bersukan. Kita tidak boleh selalu bersukan sahaja hingga kita mengabaikan kerja sekolah dan masa belajar kita. Di sinilah ramai gagal. Kita haruslah menghabiskan segala kerja-kerja yang telah diberi kepada kita dahulu supaya kita tidak akan membuat kerja-kerja itu pada saat-saat terakhir. Selepas membuat kerja-kerja itu dan jika kita ada masa di situlah datangnya sukan.

No comments: