Friday, July 25, 2008
Kegemaran Saya
Kegemaran saya ialah bersukan. Dari kecil lagi saya sudah lahirkan minat dan gemar dalam bidang sukan. Saya selalunya bersukan pada hari sabtu dan apabila saya ada lebih masa yang tidak terguna .Saya selalunya bersukan dengan teman-teman. Sukan bukan sahaja bererti bermain-main dan bergembira sahaja ia juga ada banyak faedah-faedah yang bagus seperti jikalau kita melibatkan diri dalam bidang sukan kita pasti tidak akan membuang masa dan kita juga tidak akan terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak bagus seperti menghisap rokok dan apa-apa sahaja benda yang tidak berfaedah.Bersukan ada banyak faedah yang bagus seperti jika kita ada masa kita boleh bersukan selain daripada duduk di bawah kolong blok dan membuat bising. Bagi saya sukan seperti suatu cabaran yang amat mencabar dan ia juga seperti kita yang sedang belajar kerana ia pasti akan ada suatu pertandingan. Di dalam pertandingan itu kita akan kemudian mendapat tahu di peringkat mana kita berada dalam sukan itu? Tidak semestinya kita akan menang selalu kerana di dalam suatu pertandingan pasti ada yang akan tewas kerana itulah kita harus terus dan gigih berlatih. Menang dan kalah ialah adat pertandingan. Tetapi ini tidak bermaksud kita tidak perlu bermain dengan bersungguh-sungguh. Kita harus mencuba sedaya upaya atau dalam pepatah inggeris 'DO YOUR BEST'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment